Pertempuran Daumat al-Jandal

Pertempuran Daumat al-Jandal berlaku pada bulan Ogos 633 M. Selepas kemenagan tentera Islam dalam Perang Yamamah, Khalifah Abu Bakar menghantar seorang panglima dari Madinah, Iyadh ibn Ghanam bersama 4,000 orang perajurit ke Daumat al-Jandal (juga dieja "Daumatul Jandal") untuk menawan semula bandar itu daripada Bani Kalb yang murtad.Namun bandar itu dipertahankan oleh pasukan pemberontak murtad seramai 15,000 orang yang diketuai oleh Judi ibn Rabiah dengan dibantu oleh Ukaidar ibn Abdul Malik. Ini kerana bandar itu mempunyai sumber bekalan makanan dan kewangan yang cukup berikutan lokasinya yang terletak di antara Damsyik dan Kufah. Kota ini menjadi tumpuan para pedagang yang berulang-alik antara Damsyik dan Kufah seterusnya menjadi pusat perdagangan di utara semenanjung Arab.Setelah kehabisan ikhtiar, Iyadh ibn Ghanam menghantar surat kepada Khalid bin al-Walid berkenaan dengan keadaan di Daumatul Jandal. Khalid yang ketika itu baru saja menguasai Ainul Tamar dalam Perang Ainul Tamar bersama 6,000 orang tentera bergegas ke Daumatul Jandal.

Pertempuran Daumat al-Jandal

Tarikh Ogos 633 M
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
TarikhOgos 633 M
Lokasi
Daumatul Jandal
KeputusanKemenangan muktamad Khulafa al-Rasyidun
Perubahan
wilayah
Wilayah Daumatul Jandal dan utara semenanjung Arab dikuasai tentera Islam
Lokasi
Daumatul Jandal
Perubahanwilayah Wilayah Daumatul Jandal dan utara semenanjung Arab dikuasai tentera Islam
Keputusan Kemenangan muktamad Khulafa al-Rasyidun